Shopee sebagai platform pembelian dalam talian sudah tidak asing lagi pada masa kini. Boleh dikatakan hampir 80% rakyat Malaysia tahu cara membeli di Shopee. Kebanyakan penjual kedai fizikal (offline), sama ada PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) atau juga dikenali sebagai Small Medium Enterprise (SME) dan syarikat-syarikat besar turut membuka kedai dalam talian (online) di Shopee bagi meluaskan lagi pasaran, sekaligus memudahkan pembeli membeli barangan mereka. Hampir semua barangan termasuk bahan mentah (Kawasan Lembah Klang) dijual di platform Shopee. Kini semuanya di hujung jari sahaja, anda tidak perlu mencari barangan di kedai fizikal lagi.

Sungguh, tak sangka saya boleh buat jualan sehingga 7 ribu sehari di Shopee

Kisah saya yang bermula dengan modal rm270 di Shopee

Hi, salam perkenalan buat semua.

Bagi yang belum mengenali saya, nama saya Ridhwan Musa. Dalam kalangan kawan-kawan, lebih familiar dengan panggilan Cikgu Shopee.

Perjalanan perniagaan saya di Shopee bermula pada tahun 2017.

Dengan modal permulaan RM270, siapa sangka hanya dengan cuba-cuba sahaja, rupa-rupanya tuah saya di Shopee sangat baik sekali. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pada masa itu, saya hanya menjual satu produk, iaitu deodorant. Minggu pertama saya masukkan produk di Shopee, deodorant saya habis licin. Alhamdulillah. Dari situ, saya mula nampak Shopee sebagai platform untuk buat duit. Dari masa ke semasa, saya mula tambah lebih banyak produk yang lain.

Bermula dari situ, saya terus fokus untuk menjual di Shopee sepenuhnya dan menjadikannya sebagai satu kerjaya pilihan sehingga ke hari ini.

Data menunjukkan Shopee berada di tangga ke-4 dalam ranking website seluruh Malaysia dengan kunjungan sebanyak 54 juta trafik.

Kelebihan Shopeee

Kelemahan Shopee

Kursus Yang Telah Dianjurkan

“Cikgu Shopee mula bergiat aktif mengajar Shopee bermula awal 2019. Pada mulanya, beliau hanya berkongsi ilmu dengan sahabat rapat sahaja. Timbulnya idea untuk membantu lebih ramai rakan usahawan offline, terutamanya dari kalangan bumiputera apabila melihatkan jualan mereka semakin merosot dari hari ke hari disebabkan peralihan ke ekonomi digital dan pandamic Covid-19”

Selain daripada menerima jemputan daripada organisasi kerajaan atau swasta, Cikgu Shopee juga sering dijemput oleh pihak universiti dan kolej bagi memberi pendedahan pada para graduan tentang cara buat duit di Shopee dengan kos yang minima. Beliau juga turut mengajar Shopee secara personal bagi orang perseorangan ataupun kumpulan kecil dengan bayaran yang berpatutan. Beliau juga sering berkongsi ilmu mengenai Shopee melalui Facebook dan website www.cikgushopee.my secara percuma.

Gambar paling atas bersama dengan MB Terengganu – Ahmad Samsuri Mokhtar

Yes! Saya Lulus ShopeeXperts

Baru-baru ini, Shopee baru sahaja selesai majlis graduasi bagi meraikan kejayaan 13 orang ShopeeXpert yang terpilih bagi ambilan sesi 2022. Tahukah anda bahawa seramai 1638 penjual Shopee telah membuat permohonan untuk mendapatkan gelaran Shopee Certified Trainer atau lebih dikenali sebagai ShopeeXpert, namun hanya 359 penjual sahaja yang terpilih untuk kelayakan ke peringkat pertama.

Untuk makluman anda, ShopeeXpert merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh Shopee. Ia bertujuan memastikan kredibiliti penjual sebagai jurulatih yang bertauliah untuk mengajar dan membimbing penjual yang lain bagi mengembangkan perniagaan mereka di Shopee. Mereka yang lulus dengan cemerlang akan diberi pensijilan jurulatih rasmi Shopee dan boleh dikenali di media sosial melalui lencana ShopeeXpert.

Sehingga ke hari ini, terdapat dua kali ambilan ShopeeXpert. Ambilan pertama adalah seramai 14 orang, iaitu pada tahun 2020. Manakala bagi ambilan kedua pada tahun 2021, seramai 13 orang ShopeeXpert yang layak.

Secara ringkasnya, setiap calon ShopeeXpert mesti melepasi 3 peringkat ujian yang sukar dengan cemerlang.  Dinyatakan bahawa kadar kelulusan Shopee Certified Trainer pada kali ini hanyalah 0.6% sahaja. Peratusan ini sebenarnya adalah lebih rendah daripada kelayakan kemasukan ke Universiti Harvard. Ini menunjukkan bahawa kesemua 13 ShopeeXpert yang terpilih adalah benar-benar berkualiti dan layak.

ShopeeXperts Programme Graduation Ceremony 2021/2022

Testimoni Pelajar

Salah seorang pelajar saya telah terpilih untuk Anugerah Usahawan Siswa IPT Peringkat Kebangsaan, Tahniah Goh Yong, Usahawan Alat Tulis dan Buku di platform Shopee!

Testimoni (Video)

Berita gembira! saya dan Coach Syahril akan berkongsi ilmu Premium Shopee dengan anda

RM 150
Ringgit Sahaja Seorang
“SAYA BERANI JAMIN, INI MUNGKIN KELAS KOMPREHENSIF SHOPEE PALING JIMAT YANG ANDA PERNAH JUMPA..”
DARI ASAS HINGGA ADVANCE DENGAN YURAN SERENDAH INI
Kelas Online

Kelas sepenuhnya dijalankan menggunakan Zoom Cloud Meeting

Rakaman akan diberikan selepas kelas untuk ulangkaji semula*

Siapa yang sesuai hadir ke kelas ini?

Kelas akan bermula dalam masa :

0 Hari
0 Jam
0 Minit
0 Saat

Kelas Akan Bermula Sebentar Lagi

Tarikh Kelas :
30 Mei 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 am ~ 5.15 pm
#savethedate

Sijil Penyertaan Shopee

Sijil penyertaan Official dari Shopee disediakan kepada yang hadir ke Kelas Buat duit di Shopee (e-Sijil) Pastikan anda mendaftar dengan nama penuh untuk menerima sijil ini.

Pendaftaran Kelas Telah Dibuka

Sebarkan kebaikan sharekan pada sahabat yang lain maklumat ini.

Segala maklumat dan rekabentuk grafik di dalam web ini adalah hak milik Cikgu Shopee